AGENSI

Lelaki Bangladesh pertikai tugas polis ketika PKP ditahan

13 Apr 2020, 3:21 AM
Lelaki Bangladesh pertikai tugas polis ketika PKP ditahan

SHAH ALAM, 13 APRIL: Gara-gara mempertikai tugas polis dan meninggikan suara, seorang warga Bangladesh antara 12 ditahan dalam sekatan jalan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas enggan memberhentikan kenderaan ketika pihaknya mengadakan pemeriksaan dan rondaan Op Covid-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata pihaknya turut menahan 11 individu lain iaitu membabitkan warga tempatan dan warga asing yang semuanya berusia 21 hingga 49 tahun kerana gagal memberi alasan munasabah sewaktu melalui pemeriksaan.

"Antara yang ditahan warga Indonesia, Nepal, Filipina dan Myanmar. Semua ditahan dalam pemeriksaan di sekitar daerah ini," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.