AGENDA

MB nafi perintah berkurung di Seksyen 6, Shah Alam 

11 Apr 2020, 1:00 PM
MB nafi perintah berkurung di Seksyen 6, Shah Alam 

SHAH ALAM, 11 APRIL: Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menafikan mesej tular dalam media sosial hari ini kononnya Seksyen 6 di sini dikenakan perintah berkurung.

"Saya dimaklumkan terdapat khabar angin bahawa Seksyen 6 Shah Alam akan dikenakan ‘lockdown’ (perintah berkurung). Perkara ini tidak benar sama sekali," katanya menerusi Twitter malam ini.

Sebaliknya, beliau berkata Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hanya melakukan saringan dari rumah ke rumah terhadap golongan berisiko termasuk warga emas.

"Saringan ini adalah percuma dan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk membendung Covid-19," katanya.

Berdasarkan statistik Bilik Gerakan Covid-19 Selangor sehingga jam 7 malam tadi, Hulu Langat merekodkan 9 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 382 kes, Petaling 7 (338), Klang 9 (163), Gombak 3 (124), Sepang 2 (56), Hulu Selangor 1 (43), Kuala Selangor 1 (29), Kuala Langat 2 (26) dan Sabak Bernam 1 (19).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.