AGENSI

Farmasi terima bekalan topeng muka, cecair pembasmi kuman

10 Apr 2020, 10:14 AM
Farmasi terima bekalan topeng muka, cecair pembasmi kuman

SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebahagian besar farmasi di sekitar Shah Alam dan Klang mula mendapat bekalan topeng muka dan cecair pembasmi kuman daripada pembekal.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dalam kenyataan hari ini berkata ia hasil pemeriksaan pasukan penguat kuasa di dua daerah tersebut hari ini.

Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan wabak Covid-19 atau berdepan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Pengguna juga dinasihatkan tidak membuat pembelian panik dan memberi kepercayaan kepada pihak berwajib menguruskan segala hal berkaitan," kata kenyataan itu.

Berdasarkan pemeriksaan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang, ativiti perniagaan berjalan seperti biasa dan tiada pembelian panik.

"Peniaga memaklumkan sardin, telur, roti, barangan basah seperti ayam dan sayur adalah barangan yang mendapat permintaan tertinggi, namun masih dalam keadaan terkawal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.