AGENDA

416 kes warga asing dijangkiti Covid-19

9 Apr 2020, 2:13 PM
416 kes warga asing dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pasukan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima 416 kes positif Covid-19 dan satu kematian membabitkan warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antaranya melibatkan 51 kes warga Indonesia, India (37), Myanmar (31), Pakistan (29) dan Filipina (27).

Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golongan tersebut tidak terus terdedah dengan wabak itu.

Selain itu, katanya, KKM juga mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan yang sama-sama membantu pejabat kesihatan daerah bagi menyekat penularan Covid-19.

"Di  Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 orang sukarelawan dari pelbagai sektor berganding tenaga dengan KKM membanteras wabak ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.