AGENDA

Covid-19: Selangor catat 40 kes baharu, turun berbanding semalam

9 Apr 2020, 12:17 PM
Covid-19: Selangor catat 40 kes baharu, turun berbanding semalam
Covid-19: Selangor catat 40 kes baharu, turun berbanding semalam

SHAH ALAM, 9 APRIL: Bilangan pesakit baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 40 orang berbanding 58 kes positif yang direkodkan semalam.

Mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sehingga jam 12 tengah hari tadi, penurunan kes berkenaan menjadikan jumlah terkumpul pesakit di negeri itu sebanyak 1,118.

"Corak kes baharu berbanding semalam menurun, bacaan kes baharu bertambah baik hari ini.

"Kes sembuh juga lebih tinggi daripada kes baharu! Terus patuh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita mesti menang," tulis STFC di Twitter.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia merekodkan sebanyak 4,228 kes positif Covid-19 dengan 67 kematian.

Sebanyak 109 kes baharu turut dilaporkan dengan 72 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU) manakala 43 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.