AGENDA

Kerajaan Negeri bantu promosi menu e-bazar Ramadan Selangor

9 Apr 2020, 7:24 AM
Kerajaan Negeri bantu promosi menu e-bazar Ramadan Selangor

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kerajaan Negeri akan membantu promosi menu makanan peniaga yang dijual menerusi e-bazar Ramadan Selangor, kata EXCO usahawan.

Rodziah Ismail berkata langkah itu sebagai usaha membantu peniaga mendapat pelanggan seterusnya menjana pendapatan walaupun tidak berniaga di bazar Ramadan.

“Sebab itu kita perkenalkan dapur berpusat untuk mereka berniaga. Konsep belian secara pandu lalu atau tempahan melalui aplikasi GrabFood,” katanya kepada Selangorkini.

Tambah Rodziah, dapur berpusat akan diwujudkan di setiap daerah selain turut ditempatkan di kawasan bandar seperti Shah Alam, Bangi serta Petaling Jaya.

Bagaimanapun, semua lokasi dapur berpusat yang dipilih akan diumumkan dalam masa terdekat.

Semalam Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri dengan kerjasama syarikat penghantaran Grab Malaysia akan mewujudkan 15 dapur berpusat di negeri ini.

Di lokasi dapur berpusat, semua peniaga akan memasak dan menjual juadah musim Ramadan susulan pembatalan bazar tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.