AGENDA

MB: Selangor sedia jika perintah kawalan dilanjutkan

8 Apr 2020, 4:00 AM
MB: Selangor sedia jika perintah kawalan dilanjutkan

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Selangor melakukan beberapa persediaan awal sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan disambung lagi, kata Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata persiapan membabitkan perkara asas termasuk bekalan makanan untuk rakyat tetapi keputusan tersebut bergantung kepada perkembangan kes Covid-19.

"Saya percaya langkah sewajarnya yang terbaik harus diteruskan. Kerajaan boleh umum ‘total lockdown’ (perintah berkurung) tetapi perlu diikuti ‘total responsibility’ (tanggungjawab penuh), ” katanya ketika temu ramah bersama Bernama Radio melalui panggilan video hari ini.

Jelas Amirudin, cabaran terbesar ketika PKP adalah aspek pemikiran segelintir masyarakat yang belum bersedia, masih degil dan tidak mengikut arahan ditetapkan.

“Kita kena berfikir positif dan perlu biasakan perkara baharu untuk kebiasaan kita,” pesannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan keputusan sama ada PKP berakhir 14 April ini atau dilanjutkan akan diumum 10 April ini, iaitu selepas melihat keberkesanan hari ke-10 fasa kedua PKP dilaksanakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.