AGENSI

Lapan laluan masuk pekan Kajang ditutup mulai hari ini

8 Apr 2020, 2:21 AM
Lapan laluan masuk pekan Kajang ditutup mulai hari ini

SHAH ALAM, 8 APRIL: Bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19, Ibu Polis Daerah (IPD) Kajang menutup lapan laluan memasuki pekan itu mulai hari ini.

Menurut kenyataan Facebook IPD Kajang, penutupan jalan bertujuan mengehadkan perjalanan orang ramai memasuki pekan Kajang sekali gus memastikan mereka mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Laluan yang ditutup ialah Jalan Sungai Chua-Susur Terowong KTM, Jalan Reko-MRT, Jalan Cheras-Jalan Timur (depan Masjid Jamek Kajang), Jalan Semenyih-Jalan Low Ti Kok, susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian.

Tiga lagi jalan melibatkan Persiaran Saujana Impian-Jalan Melor 1, Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris serta sempadan Bandar Seri Putra-Nilai 3.

Bagaimanapun, jelas kenyataan itu, polis membuka laluan alternatif ke pekan itu iaitu melalui Jalan Cheras ke Kajang, Lebuhraya SILK-Jalan Bukit dan Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning.

Operasi penutupan dibuat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta anggota Rela.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.