ADN

Covid-19: Jika tiada benda mustahak, jangan keluar rumah

7 Apr 2020, 1:19 PM
Covid-19: Jika tiada benda mustahak, jangan keluar rumah

SHAH ALAM, 7 APRIL: Penduduk diminta tidak keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika tidak ada keperluan segera, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku.

Lim Yi Wei berkata saranan dibuat memandangkan tempat itu sejak semalam dikategorikan sebagai zon merah penularan Covid-19.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku dan Petaling Jaya terletak di mukim Damansara mencatatkan bilangan kes tertinggi di daerah Petaling,” katanya di Facebook hari ini.

“Mohon penduduk terus duduk di rumah dan keluar untuk tujuan mustahak sahaja.”

Menurut angka Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) daerah Petaling mencatatkan 297 kes positif Covid-19.

Manakala empat daerah lain pula yang berada dalam zon merah ialah Hulu Langat sebanyak 325 kes, Sepang (43), Klang (111) dan Gombak (107).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.