AGENDA

Kerajaan cari jalan bawa pulang rakyat Malaysia di luar negara

7 Apr 2020, 10:02 AM
Kerajaan cari jalan bawa pulang rakyat Malaysia di luar negara

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan berusaha mencari kaedah terbaik untuk membawa pulang sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Luar meneruskan perbincangan dengan lebih teliti termasuk mencari kaedah sesuai untuk membawa kumpulan ini pulang.

"Semalam, saya terima kiriman WhatsApp hanya tujuh orang berada di Chad, Afrika manakala di Bahamas tiga orang.

"Justeru, antara perkara yang Kementerian Luar sedang fikirkan, mustahil untuk kita menghantar satu pesawat bawa golongan kecil ini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, Wisma Putra akan terus mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.