AGENSI

Pelbagai agensi laksana nyahkuman di Bandar Baru Bangi

6 Apr 2020, 10:16 AM
Pelbagai agensi laksana nyahkuman di Bandar Baru Bangi

SHAH ALAM, 6 APR: Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama pelbagai agensi menjalankan operasi nyahkuman di Seksyen 1 dan 2 Bandar Baru Bangi hari ini bagi mencegah penularan Covid-19.

Seramai 110 petugas agensi lain terlibat termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Kementerian Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alam Flora, SW Corp, Majlis Perbandaran Kajang dan Jawatankuasa Masjid Al-Umm.

“Operasi ini meliputi kawasan 1.4 kilometer persegi dengan fokus utama premis perniagaan, sekolah dan kemudahan awam,” kata Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat menerusi Facebook.

Kawasan itu  ialah Pasar Basah Seksyen 1, Masjid Al-Umm, Surau Al-Ittihad, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi serta Dewan Serbaguna Bandar Baru Bangi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.