ADN

ADN Bukit Gasing tawar kerja buat topeng muka Covid-19

6 Apr 2020, 8:15 AM
ADN Bukit Gasing tawar kerja buat topeng muka Covid-19

SHAH ALAM, 6 APR: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing menawarkan peluang kerja kepada individu berkemahiran dan hilang sumber pendapatan bagi menghasilkan topeng penutup muka dalam usaha menbendung wabak Covid-19.

"Kita tidak mempunyai topeng berkaitan yang mencukupi, oleh itu kita perlu melakukan yang terbaik dengan menggunakan sumber sedia ada," kata R Rajiv menerusi Facebook hari ini.

Beliau yang meminta orang ramai menghebahkan perkara itu berkata pihaknya memperoleh bahan dari pembekal tetapi mereka memerlukan tenaga kerja untuk menyiapkannya.

Individu yang berminat,boleh menghubungi beliau atau mengisi melalui pautan: https://tinyurl.com/COVID19PTM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.