PBT

Premis niaga termasuk alat ganti kenderaan dibenar buka Isnin, Khamis

6 Apr 2020, 2:16 AM
Premis niaga termasuk alat ganti kenderaan dibenar buka Isnin, Khamis
Premis niaga termasuk alat ganti kenderaan dibenar buka Isnin, Khamis

SHAH ALAM, 6 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan beberapa perkhidmatan perniagaan beroperasi pada Isnin dan Khamis bagi memenuhi keperluan pengguna sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan perkara itu selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan meminta orang ramai mematuhi peraturan ketika berurusan dengan mempraktikkan jarak sosial, memakai penutup muka serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

"Perkhidmatan perniagaan itu adalah premis menjual baja dan racun, makanan haiwan, perkakasan serta menjual alat ganti jentera pertanian dan industri dengan waktu urusniaga bermula jam 8 pagi hingga 4 petang," katanya.

Untuk sebarang maklumat, boleh berhubung dengan bilik gerakan Covid-19 di talian 03-5522 2702/2800/2821/2820 (9 pagi hingga 4 petang).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.