AGENDA

Covid-19: KKM perlu uji keberkesanan terowong pembersihan

5 Apr 2020, 1:22 PM
Covid-19: KKM perlu uji keberkesanan terowong pembersihan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguji keberkesanaan terowong pembersihan untuk mencegah Covid-19, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM terbuka menggunakan segala kaedah dan rawatan baharu, namun kajian perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan alat tersebut.

"Di KKM, kita berdasarkan fakta, jadi kita perlu lihat penyelidikan untuk tunjukkan sama ada ia berkesan atau tidak, apakah bahan kimia yang digunakan dan pelbagai lagi.

"Inovasi ini baik tapi perlu ada penyelidikan mengenainya, bermakna kita perlukan fakta dan bukti," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiada laporan menunjukkan Covid-19 boleh merebak melalui makanan.

"Kita belum dengar virus ini merebak melalui makanan tetapi jika salah seorang pekerja didapati positif, kita perlu saring kontak rapat di restoran itu," katanya.

Hari ini, perkhidmatan jualan makanan Ikea Tebrau ditutup sementara selepas seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.