AGENDA

Bangunkan sektor pertanian, elak bergantung negara lain - MB

5 Apr 2020, 4:35 AM
Bangunkan sektor pertanian, elak bergantung negara lain - MB
Bangunkan sektor pertanian, elak bergantung negara lain - MB

SHAH ALAM, 5 APRIL: Krisis Covid-19 boleh diibaratkan sebagai isyarat amaran buat Malaysia supaya tidak terlalu bergantung sumber makanan kepada negara lain, kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Penekanan itu dibuat Dato' Menteri Besar seperti diungkapkan menerusi pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua pada 1 April lalu.

"Malaysia harus bermatlamat menjadi negara yang tidak bergantung sumber makanan. #SelangorGempurCovid19," kata beliau menerusi Twitter hari ini.

Amirudin dalam ucapannya berkata sektor pertanian dan penghasilan bahan makanan perlu difikirkan dalam kerangka strategik utama dengan melihat kepada inovasi dan teknologi baharu yang sedang dan akan tercipta.

Sebagai langkah membantu petani, Kerajaan Negeri turut mengumumkan Pasar Agro Selangor bertujuan menyediakan bekalan makanan segar pada harga berpatutan bagi membantu rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.