AGENDA

Tambah sukarelawan, saringan skala besar langkah KKM tangani Covid-19

3 Apr 2020, 1:34 AM
Tambah sukarelawan, saringan skala besar langkah KKM tangani Covid-19

SHAH ALAM, 3 APRIL: Menambah jumlah sukarelawan dan melakukan saringan berskala besar ke atas golongan berisiko adalah antara langkah diambil Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani penularan Covid-19.

KKM menerusi Twitter memaklumkan tindakan seterusnya turut membabitkan penambahan peralatan seperti alat bantuan pernafasan, kit ujian dan penutup muka selain usaha kerajaan menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan termasuk pusat saringan dan kuarantin, hospital serta menambah katil.

"Bagi terus mengekang wabak maut itu, KKM turut melaksanakan program pengurangan risiko di kawasan zon merah, jingga dan hijau seluruh negara.

"Tidak ketinggalan, kerjasama pelbagai agensi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan dan mengemas kini maklumat menerusi pelbagai saluran media," katanya.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 3,116 kes positif Covid-19, 50 kematian, 105 kes di unit rawatan rapi (ICU) manakala 767 discaj daripada wad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.