AGENDA

KKM kesan pesakit positif Covid-19 tanpa gejala

2 Apr 2020, 9:36 AM
KKM kesan pesakit positif Covid-19 tanpa gejala

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat pesakit positif Covid-19 tidak mengalami sebarang gejala dikesan pada Januari lalu, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menasihatkan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 untuk menjalankan ujian saringan.

"Kita sudah kesan, mereka yang tidak bergejala juga boleh dijangkiti Covid-19.

"Empat pesakit tidak bergejala itu dikuarantin dan diasingkan di Hospital Sungai Buloh," katanya pada sidang media hari ini.

Antara gejala Covid-19 ialah demam, batuk, sakit tekak serta sesak nafas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.