AGENDA

Covid-19: Satu lagi zon merah di Malaysia, 16 keseluruhan

2 Apr 2020, 4:00 AM
Covid-19: Satu lagi zon merah di Malaysia, 16 keseluruhan
Covid-19: Satu lagi zon merah di Malaysia, 16 keseluruhan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan Batu Pahat di Johor sebagai zon merah baharu wabak Covid-19 sekali gus menjadikan 16 daerah di Malaysia sehingga hari ini.

Menerusi data KKM di Twitter itu, pada 31 Mac, jumlah kes positif di Batu Pahat melibatkan 39 individu namun ia meningkat naik kepada 44 kes sehingga semalam.

Sementara itu di Selangor, masih terdapat empat zon merah iaitu Hulu Langat mencatatkan 273 kes, Petaling (242), Gombak (63) dan Klang (76).

Sementara zon merah tertinggi bagi daerah lain ialah Lembah Pantai (249), Seremban (124), Kuching (128), Johor Bahru (118) dan Kluang (111).

Kawasan lain ialah Kepong (91), Titiwangsa (80), Kota Bharu (82), Kinta (77), Tawau (63) dan Hilir Perak (60).

"Bagi zon merah, amalkan langkah pencegahan dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak dikenakan PKP Diperketatkan," kata KKM menerusi kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.