AGENDA

46 makmal tambahan, KKM kini saring 1,414 individu sehari

31 Mac 2020, 10:11 AM
46 makmal tambahan, KKM kini saring 1,414 individu sehari

SHAH ALAM, 31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini boleh menyaring 1,414 individu sehari bagi mengesan virus Covid-19 susulan penambahan 46 makmal ujian klinikal.

Melalui Twitternya hari ini, KKM berkata semua makmal tersebut juga dapat memberi keputusan cepat sekali gus pesakit positif boleh dirawat segera.

"Pertambahan tersebut secara tidak langsung membolehkan petugas kesihatan melaksanakan 42,420 ujian pengesanan dalam sebulan," katanya.

Melalui hantaran itu, KKM turut menyenaraikan makmal yang menyediakan ujian Covid-19 termasuk di hospital-hospital KKM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta makmal-makmal swasta.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnotik tambahan di institut pengajian tinggi dan satu makmal bergerak bagi membantu KKM membendung penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.