AGENDA

Ismail Sabri: Rakyat boleh sambut Aidilfitri jika patuhi PKP

31 Mac 2020, 7:26 AM
Ismail Sabri: Rakyat boleh sambut Aidilfitri jika patuhi PKP

SHAH ALAM, 31 MAC: Rakyat di negara ini boleh meraikan sambutan Aidilfitri sekiranya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya rakyat yang boleh menentukan sama ada PKP dilanjutkan, sekali gus merungkai kegusaran untuk menyambut perayaan itu pada Mei.

"Ramai bertanya, adakah selepas PKP fasa kedua (berakhir 14 April) ini akan disambung kepada PKP ketiga atau keempat, bolehkah kita berhari raya?

"Sememangnya ramai yang ingin kembali kepada kehidupan biasa, justeru yang boleh pastikan tiada PKP seterusnya adalah rakyat sendiri. Jika patuh, maka ketakutan untuk PKP bersambung dapat diselesaikan," kata pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata jumlah tangkapan individu ingkar PKP semakin menurun iaitu 742 sehingga semalam, berbanding 828 kelmarin.

"Trend ini dilihat menurun, sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat semakin patuh dan saya berharap keadaannya berterusan," katanya.

Pada 25 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan PKP hingga 14 April susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.