AGENSI

Covid-19: LZS serah sumbangan buat petugas di ILIM

31 Mac 2020, 2:08 AM
Covid-19: LZS serah sumbangan buat petugas di ILIM

SEPANG, 31 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Divisyen Operasi Agihan Asnaf memberi sumbangan barangan kering kepada petugas Stesen Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi semalam.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sumbangan seperti biskut, mi cawan segera dan air kotak tersebut bagi memberi suntikan moral kepada petugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Stesen ini menempatkan seramai 217 Orang Bawah Pengawasan (PUI) bagi tujuan kuarantin.

"Seramai 150 orang daripada Pasukan Polis Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, bomba dan lain-lain agensi terlibat mengawasi individu bawah PUI berkenaan," katanya.

Sumbangan diserahkan kepada penyelaras agihan sumbangan stesen tersebut merangkap pegawai JKM Sepang, Norshimahwati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.