AGENDA

Covid-19: Sesi jumpa penghuni institusi penjara ditangguhkan

30 Mac 2020, 8:51 AM
Covid-19: Sesi jumpa penghuni institusi penjara ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Sesi perjumpaan antara penghuni di institusi penjara dengan keluarga ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, selaras dengan usaha menyekat penularan Covid-19.

Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan turut melibatkan lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka serta program dan lawatan melibatkan peguam, Polis Diraja Malaysia, kedutaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ini adalah langkah mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara. Kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih dan sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.

Pada 18 Mac lepas, Jabatan Penjara memaklumkan sesi perjumpaan antara keluarga dengan penghuni di seluruh institusi penjara ditangguhkan serta merta hingga 31 Mac, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan kemudian mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.