AGENDA

MB: Kerajaan Negeri pastikan bekalan makanan penduduk Hulu Langat cukup

29 Mac 2020, 1:09 PM
MB: Kerajaan Negeri pastikan bekalan makanan penduduk Hulu Langat cukup

SHAH ALAM, 29 MAC: Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan keperluan penduduk di Hulu Langat yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencukupi, kata Dato Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata beliau dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perintah itu yang meliputi kawasan dari Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 13 April.

"Kerajaan negeri sedia membantu bagi mempermudah pelaksanaan PKPD termasuk bekalan makanan di kawasan terbabit yang dilaksanakan dengan kordinasi Majlis Keselamatan Negara Selangor," katanya melalui Twitternya di sini malam ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD membabitkan 3,918 penduduk di tujuh kampung sekitar kawasan itu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan ada 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.