AGENDA

Bantuan China, bagai `pucuk dicita ulam mendatang' - KP Kesihatan

29 Mac 2020, 1:53 AM
Bantuan China, bagai `pucuk dicita ulam mendatang' - KP Kesihatan

SHAH ALAM, 29 MAC: Ketua pengarah kesihatan meluahkan rasa gembira apabila China sudi menghulurkan pelbagai jenis alatan perubatan bagi membantu Malaysia menangani wabak Covid-19.

"Pucuk dicita ulam mendatang, Kementerian Kesihatan (KKM) amat gembira menerima bantuan ini," tulis Datuk Dr Noor Hisham menerusi Twitternya hari ini.

Semalam Kerajaan China menyerahkan 100,000 kit ujian Covid-19, 100,000 topeng muka jenis N95, topeng muka (pembedahan) tiga lapisan 500,000, peralatan pelindungan diri (50,000) dan 200 alat bantuan pernafasan (ventilator).

Noor Hisham berkata kit ujian itu telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan diberi jaminan keberkesanannya oleh Duta Besar China di Malaysia.

“Saya diberi jaminan oleh duta bahawa kit ujian ini lebih tepat berbanding yang kami guna,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.