AGENDA

Penumpang kapal terbang diramal susut 38.1 peratus tahun ini

27 Mac 2020, 6:49 AM
Penumpang kapal terbang diramal susut 38.1 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Trafik penumpang Malaysia dijangka susut sebanyak 36.2 hingga 38.1 peratus pada 2020 berikutan penularan wabak Covid-19, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

MAVCOM, menerusi laporan industri edisi keenam berkata ini bermakna pengurangan 67.7 juta hingga 69.7 juta penumpang pada 2020, penurunan ketara daripada jumlah penumpang tertinggi sepanjang masa sebanyak 109.2 juta pada 2019,” menurutnya.

Unjuran yang disemak semula itu mengambil kira pembatalan penerbangan sedia ada oleh syarikat Malaysia dan asing yang berjumlah 14.0 juta tempat duduk bagi tempoh antara Januari dengan Disember 2020, selain pengurangan tempat duduk sebanyak 15 peratus bagi laluan domestik dan 20 peratus untuk laluan antarabangsa.

Suruhanjaya itu bagaimanapun menekankan bahawa perkembangan penting terus berlaku di Malaysia dan seluruh dunia dalam tempoh ini, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan serta-merta menjejaskan prospek industri.

MAVCOM berkata ia akan terus memantau perkembangan industri ini dan membuat pelarasan sewajarnya terhadap unjuran berkaitan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.