AGENDA

Covid-19: Kanak-kanak dua tahun pesakit termuda

26 Mac 2020, 7:34 AM
Covid-19: Kanak-kanak dua tahun pesakit termuda

SHAH ALAM, 26 MAC: Dugaan berat buat kanak-kanak berusia dua tahun empat bulan apabila bukan saja menghidap kanser darah, malah menjadi mangsa termuda positif Covid-19.

Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee sepatutnya menjalani kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya.

Menerusi perkongsian di Facebook Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona) semalam, mereka memohon doa supaya kanak-kanak itu sembuh.

"Fateh, penghidap kanser darah leukemia sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, namun ujian darah dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19," katanya.

Sejak kelmarin, kisah kanak-kanak berkenaan tular di Facebook dan mengundang simpati orang ramai.

Berita Harian yang memetik sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan kanak-kanak itu positif Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.