AGENDA

Covid-19: Gaji PM, menteri, timbalan dipotong dua bulan

26 Mac 2020, 6:58 AM
Covid-19: Gaji PM, menteri, timbalan dipotong dua bulan

SHAH ALAM, 26 MAC: Mesyuarat kabinet hari ini memutuskan supaya gaji perdana menteri, menteri dan timbalannya dipotong selama dua bulan serta disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata langkah itu bagi membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak berkenaan.

"Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

"Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8.49 juta," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.