AGENDA

Covid-19: Senarai berita palsu tular hari ini

26 Mac 2020, 3:16 AM
Covid-19: Senarai berita palsu tular hari ini

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Berikut senarai penafian berita tular di sosial media oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

- Kementerian Kesihatan nafi mengeluarkan sebarang Standard Operasi Prosedur pembelian barangan keperluan harian sepanjang musim Covid-19.

- Hospital Kluang nafi fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang yang baharu.

- Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor nafi keadaan wabak Covid-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.