AGENDA

KKM hargai peruntukan tambahan RM500 juta perangi Covid-19

24 Mac 2020, 6:53 AM
KKM hargai peruntukan tambahan RM500 juta perangi Covid-19

SHAH ALAM, 24 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai komitmen kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan RM500 juta bagi mengekang penularan Covid-19.

Menerusi ciapan di Twitter, seluruh warga KKM yang diterajui Dato' Sri Dr Adham Baba merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan.

"(Peruntukan tambahan membolehkan KKM membiayai) pembelian ventilator, peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Peralatan Perlindungan Diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam termasuk keperluan makmal untuk saringan Covid-19," tulis KKM hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju memberi peruntukan tambahan itu dan meluluskan tatacara perolehan secara darurat untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.