AGENDA

Topeng muka: Pengecualian duti import, cukai jualan

23 Mac 2020, 2:16 PM
Topeng muka: Pengecualian duti import, cukai jualan

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kementerian Kewangan meluluskan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng muka untuk pasaran tempatan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh rakyat dalam mendapatkan topeng muka berikutan kenaikan permintaan yang mendadak.

"Orang ramai digalakkan mengelak pembelian berlebihan untuk memastikan bekalan yang mencukupi buat semua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Di samping itu, untuk memastikan bekalan yang mencukupi dalam pasaran tempatan, kerajaan telah mengenakan larangan eksport ke atas topeng muka, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.