AGENDA

KKM mohon doktor, jururawat bersara kembali berkhidmat

23 Mac 2020, 1:28 PM
KKM mohon doktor, jururawat bersara kembali berkhidmat

SHAH ALAM, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia memohon doktor dan jururawat yang bersara untuk kembali berkhidmat dalam usaha memantapkan barisan hadapan semasa berdepan pandemik Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka menyasarkan untuk mencapai 2,000 tenaga kerja mahir untuk membantu kementerian, lapor MalaysiaKini.

"Kami dalam proses meningkatkan sumber manusia, termasuk jururawat dan doktor.

"Apa yang penting sekarang, kami mahukan mereka yang sudah mempunyai pengalaman seperti jururawat dan pakar yang telah bersara. Mereka boleh membantu kami.

"Kami juga dalam proses meningkatkan peralatan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan semasa Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kementerian sedang berusaha mendaftar dan menemu bual sukarelawan untuk mengetahui di mana mereka pernah berkhidmat sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.