AGENDA

132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah

23 Mac 2020, 11:05 AM
132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling di sini dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses nyahkuman yang dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM KL sebelum dipindahkan.

“Kesemua pelajar tahfiz telah dibawa ke stesen kuarantin menggunakan empat buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses nyahkuman turut dilakukan ke atas empat buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur yang menjadi venue itijimak tabligh dari 28 Februari hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan Covid-19 di negara ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.