AGENDA

Covid-19: Akaun khas buat rakyat beri sumbangan

23 Mac 2020, 9:11 AM
Covid-19: Akaun khas buat rakyat beri sumbangan

SHAH ALAM, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan akaun khas bagi rakyat yang ingin memberi sumbangan kepada KKM membendung penularan wabak Covid-19.

KKM menerusi Twitternya hari ini memaklumkan, sumbangan diterima digunakan bagi membeli alat kelengkapan perubatan, keperluan seperti ubat-ubatan, bahan pakai buang serta barang-barang berkaitan fasiliti kementerian.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank RHB bernombor 2-66016-002347-5 atas nama Sumbangan Perubatan KKM.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon 03-8883 3111 atau emel dialamat sumbangancovid19@moh.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.