AGENSI

PPAS perkenal e-Buku isi masa lapang sepanjang PKP

23 Mac 2020, 4:57 AM
PPAS perkenal e-Buku isi masa lapang sepanjang PKP

SHAH ALAM, 23 MAC: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyediakan perkhidmatan e-Buku untuk dimanfaatkan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dikongsi Dato' Menteri Besar, Dato Seri’ Amirudin Shari menerusi Twitternya hari ini.

"Sepanjang PKP dan PPAS menyediakan e-Buku untuk mengisi masa lapang di rumah.

“Membaca adalah aktiviti sangat berfaedah," kata beliau yang turut menggunakan tanda pagar #StayAtHome #SelangorGempurCovid19.

Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari http://ppas.celex.com.my, http://ppas.overdrive.com (pinjaman) dan maklumat lanjut di www.ppas.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.