AGENDA

MB: Selangor selaraskan PBT bantu perintah kawalan

21 Mac 2020, 5:54 AM
MB: Selangor selaraskan PBT bantu perintah kawalan

SHAH ALAM, 21 MAC: Selangor menyelaraskan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata arahan berkuat kuasa serta-merta hari ini sehingga 31 Mac diputuskan pada mesyuarat koordinasi 'Selangor Gempur Covid-19', Jumaat lalu.

"Kerajaan Negeri sangat memandang serius kegagalan segelintir masyarakat yang masih mengabaikan arahan duduk di rumah selain daripada keperluan kritikal yang digariskan.

"Ini memungkinkan dampak penularan wabak Covid-19 berpotensi berpanjangan hanya kerana ketidakpatuhan masyarakat yang sebetulnya boleh ditangani," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kawalan tambahan perkhidmatan yang perlu dipatuhi rakyat Selangor sepanjang tempoh ini adalah:

1. Bahan api dan pelincir

a) Stesen minyak: Dibenarkan (Kedai serbaneka dihadkan sehingga 12 tengah malam sahaja)

b) Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekal atau kebenaran: Dibenarkan

c) Pentadbiran am dan lain-lain: Dibenarkan beroperasi pada kadar minima atau bekerja dari rumah

2. Pembekalan dan perkhidmatan penyediaan makanan

a) Restoran dan warung: Pembekalan bahan mentah, pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja

b) Restoran dalam hotel: Makan di dalam tidak dibenarkan

c) Penjaja kecil, kendera saji dan medan selera: Tidak dibenarkan

3. Peruncitan

a) Pasar raya: Dibenarkan untuk bahagian peruncitan (groceries) dan makanan sahaja sehingga 12 tengah malam (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

b) Kedai runcit dan serbaneka: Dibenarkan sehingga 12 tengah malam (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

c) Pasar awam atau pasar borong: Dibenarkan dari jam 5 pagi hingga 4 petang (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

d) Pasar malam atau pasar tani: Tidak dibenarkan

4. Pembaikan kenderaan

a) Perkhidmatan Pembaikan dan kedai alat ganti: Dibenarkan dari 9 pagi hingga 4 petang

b) Perkhidmatan tunda (towing): Dibenarkan

5. Cucian

a) Dobi, dobi layan diri: Tidak dibenarkan

b) Pusat cucian kereta atau motosikal: Tidak dibenarkan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.