AGENDA

KKM: Lindungi lima golongan mudah dijangkiti virus

21 Mac 2020, 3:37 AM
KKM: Lindungi lima golongan mudah dijangkiti virus

SHAH ALAM, 21 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan lima golongan yang perlu dilindungi kerana memiliki sistem imuniti badan rendah dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Golongan tersebut adalah warga emas, kanak-kanak, wanita mengandung, pesakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung dan asma serta pesakit imuniti rendah iaitu kanser dan virus kurang imun manusia (HIV).

"Anak-anak, lindungi ibu bapa anda. Jangan merayau dan bawa pulang penyakit Covid-19. Duduk rumah, lindungi diri dan keluarga," katanya melalui hantaran di Twitter.

KKM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke kawasan tumpuan ramai, mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, menjaga kebersihan diri, makan makanan seimbang serta kekal aktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.