AGENDA

Cuti sekolah dilanjut hingga 31 Mac

20 Mac 2020, 9:59 AM
Cuti sekolah dilanjut hingga 31 Mac

PUTRAJAYA, 20 MAC: Cuti persekolahan penggal pertama yang akan berakhir pada minggu ini akan dilanjutkan sehingga 31 Mac, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekolah yang mula bercuti pada 14 Mac lepas dijadual dibuka semula pada 22 atau 23 Mac.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai yang telah menghantar keluarga mereka ke kampung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk terus berada di sana sehingga 31 Mac dan tidak kembali semula ke Kuala Lumpur sebelum tarikh tersebut.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.