AGENDA

Dua rakyat Malaysia mati akibat Covid-19

17 Mac 2020, 10:05 AM
Dua rakyat Malaysia mati akibat Covid-19

SHAH ALAM, 17 MAC: Malaysia hari ini mencatat dua kematian akibat Covid-19, pertama kali  di negara ini, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Kementerian Kesihatan.

Mengikut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seorang daripadanya ialah paderi berusia 60 tahun di Kuching yang meninggal dunia jam 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

Seorang lagi membabitkan lelaki berusia 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

"Kes ke-178 membabitkan seorang lelaki yang pernah hadir perhimpunan tabligh dan mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai Johor Bharu pada 12 Mac selepas dikesan positif Covid-19.

"Keadaan beliau merosot dan dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia hari ini.

"Bagi kes ke-358, seorang paderi pula mula mengalami gejala demam, batuk dan sukar bernafas pada 7 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif Covid-19," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.