AGENDA

Bukit Aman tubuh pasukan khas pantau Covid-19

16 Mac 2020, 9:32 AM
Bukit Aman tubuh pasukan khas pantau Covid-19

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi memantau perkembangan terkini penularan virus Covid-19 di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata selain itu, pasukan khas berkenaan juga berperanan untuk memberi arahan berkaitan pencegahan Covid-19.

"Maklumat-maklumat berkaitan (pencegahan Covid-19) telah disampaikan kepada semua pengarah PDRM, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah seluruh negara," katanya hari ini.

Setakat tengah hari Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan, 190 kes baharu positif Covid-19 di negara ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.