AGENDA

Covid-19: Petugas PBB di New York kerja dari rumah

14 Mac 2020, 4:21 AM
Covid-19: Petugas PBB di New York kerja dari rumah

NEW YORK, 14 MAC: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memutuskan supaya semua petugas di ibu pejabat PBB di New York bekerja dari rumah atau secara "e-commuting", mulai 16 Mac hingga 12 April.

Ia bertujuan untuk mencegah serta membendung penularan Covid-19, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan jurucakap pejabat PBB pada Jumaat.

"Setelah berbincang dengan pihak pengurusan kanan, termasuk Pengarah Perubatan, Setiausaha Agung mengambil keputusan untuk meningkatkan langkah pencegahan di ibu pejabat PBB bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

"Semua petugas diminta bekerja dari rumah atau "e-commuting" kecuali keadaan benar-benar memerlukan berada di pejabat," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.