AGENDA

Peruntukan RM37.18 juta sekolah agama lonjak Selangor dahului negeri lain

13 Mac 2020, 11:09 AM
Peruntukan RM37.18 juta sekolah agama lonjak Selangor dahului negeri lain

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM, 13 MAC: Peruntukan RM37.18 juta bagi pembangunan sekolah agama termasuk maahad tahfiz selaras hasrat memastikan pendidikan Selangor terus terkehadapan berbanding negeri lain, kata Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata antara pembangunan dilaksanakan ialah pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Denai Alam dengan kos RM4 juta, SRA Bandar Country Homes (RM6 juta) dan masing-masing RM8 juta bagi Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat serta Pandan Indah.

Katanya, Lembaga Zakat Selangor turut meluluskan permohonan RM5.6 juta bagi pembelajaran digital di semua MITS dan sekolah rendah agama integrasi melalui inisiatif Smart Selangor,.

“Peruntukan besar Kerajaan Negeri untuk memastikan Selangor terus terkehadapan berbanding negeri lain dalam memacu pendidikan dan tamadun peradaban ini.

“Mudah-mudahan kita lebih dihormati dan disegani, di samping menzahirkan kesyukuran kerana dilimpahi rezeki dan ekonomi yang melimpah ruah oleh Allah SWT,” katanya berucap pada Majlis Graduasi Qurra’ MITS kali ketujuh di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 333 graduan menerima sijil masing-masing membabitkan 287 penerima Sijil Khatam Hafazan 30 Juzuk, 10 penerima Sijil Perakuan Hafazan al-Quran dan 36 penerima Sijil Pengajian Turath dan Dakwah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.