ad
AGENDA

Wisma Putra: 11 rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti Covid-19

13 Mac 2020, 9:30 AM
Wisma Putra: 11 rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 13 MAC: Wisma Putra mengenal pasti seramai 11 rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti Covid-19, kata menteri luar.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jumlah tersebut membabitkan sembilan orang di Singapura, manakala dua di Jepun.

"Dua rakyat Malaysia yang berada di Singapura dibenarkan keluar sementara tujuh lagi masih dirawat, manakala dua rakyat Malaysia di Jepun sudah pulang ke negara ini.

"Wisma Putra melalui perwakilan Malaysia sentiasa mengemas kini rekod rakyat kita yang berada di negara yang terjejas dengan wabak ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hishammuddin turut mengingatkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mendaftar dengan kedutaan bagi memudahkan proses pemantauan serta tindakan susulan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.