AGENSI

COVID:19: LZS galakkan urusan dilakukan dalam talian

13 Mac 2020, 8:45 AM
COVID:19: LZS galakkan urusan dilakukan dalam talian

SHAH ALAM, 13 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengalakkan orang ramai berurusan dengan agensi itu secara dalam talian bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

LZS dalam kenyataan di Facebook semalam berkata, bagi mereka yang mahu menyemak senarai bantuan atau mencetak penyata zakat boleh melayari https://ezo.zakatselangor.com.my.

Bagi yang ingin menunaikan zakat, mereka boleh melayari https://fpx.zakatselangor.com.my.

Selain itu, LZS turut memantau kesihatan warga kerja dan pelanggan yang berurusan di ibu pejabat dan semua cawangannya pada setiap hari.

"LZS memandang serius dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerja sentiasa terjaga," kata kenyataan itu.

LZS juga membataskan program dan interaksi dengan orang ramai selain melakukan proses nyah kuman secara berkala di premisnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.