AGENDA

Covid-19: Lebih 4,000 maut, hampir 60,000 sembuh

10 Mac 2020, 4:38 AM
Covid-19: Lebih 4,000 maut, hampir 60,000 sembuh
Covid-19: Lebih 4,000 maut, hampir 60,000 sembuh

SHAH ALAM, 10 MAC: Lebih 114,000 orang di seluruh dunia disahkan positif jangkitan Covid-19, termasuk lebih 4,000 nyawa terkorban setakat ini.

Kebanyakan kes dan kematian berlaku di China, namun keadaan semakin stabil di negara itu dengan hanya 19 kes baharu dilaporkan setakat semalam, berbanding ribuan kes awal tahun ini, lapor portal Caixin Global.

[caption id="attachment_389386" align="alignleft" width="473"] Pegawai perubatan mengenakan pakaian keselamatan ketika mengambil sampel pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Seoul, Korea Selatan pada 10 Mac 2020. Foto AFP[/caption]

Bagaimanapun, penularan wabak semakin meningkat di Itali, Korea Selatan dan Iran.

Sejak wabak ini mendapat perhatian mulai Januari lalu, China merekodkan 3,140 kematian.

Sebahagian besar kematian di luar negara itu ialah Itali yang merekodkan 463 kematian.

Daripada 80,924 kes di China, 59,982 pesakit berjaya dipulihkan dan dibenarkan pulang

Berikut senarai negara selain China yang merekodkan kes terbanyak (setakat 11 pagi ini):

Itali: 9,172

Korea Selatan: 7,513

Iran: 7,161

Perancis: 1,412

Sepanyol: 1,204

Jerman: 1,139

Jepun: 1,215 (termasuk 696 di atas kapal)