AGENSI

Sistem automatik kawal pintu air pasang surut di Selangor

9 Mac 2020, 7:33 AM
Sistem automatik kawal pintu air pasang surut di Selangor
Sistem automatik kawal pintu air pasang surut di Selangor

SHAH ALAM, 9 MAC: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan sistem automatik atau SCDA bagi mengawal operasi pintu air pasang surut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

Melalui sistem ini, operasi pintu air boleh dilakukan secara atas talian menggunakan komputer atau tablet dan pemantauan dilakukan ikut masa sebenar .

Proses naik taraf sistem berperingkat yang dahulunya dilakukan secara manual ini sejajar dengan hala tuju Selangor ke arah negeri pintar pada 2025.

Majlis perasmian berlangsung di Dewan Jubli Perak sempena majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor dengan disaksikan Pengarah JPS Negeri Datuk Gapar Asan.

Bagi mitigasi banjir air pasang, JPS telah membangunkan 14 buah rumah pam, 360 pintu air dan 125 buah pam bergerak di seluruh negeri.

[caption id="attachment_389199" align="aligncenter" width="740"] Sistem automatik atau SCDA akan mengawal operasi pintu air pasang surut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.