EXCO

EXCO: JKP penghubung masyarakat, PBT

9 Mac 2020, 4:51 AM
EXCO: JKP penghubung masyarakat, PBT

SUBANG JAYA, 9 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) diharap terus menyampaikan dasar dan penerangan berkenaan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara telus kepada masyarakat, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata segala maklumat, isu dan masalah setempat boleh dibincang dengan adanya JKP sebagai penghubung antara masyarakat dengan PBT.

"Semoga hubungan antara JKP, PBT dan masyarakat terus erat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

"Justeru, saya galakkan JKP diiktiraf serta diberi penghargaan supaya mereka dapat meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk, Pangsapuri dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya dan Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Sunway Resort Hotel & Spa di sini pada 7 Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.