AGENDA

PPj nafi audio tular dakwa Putrajaya dilanda Covid-19

8 Mac 2020, 7:21 AM
PPj nafi audio tular dakwa Putrajaya dilanda Covid-19

PUTRAJAYA, 8 MAC: Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini menafikan audio yang tular dalam media sosial yang mendakwa bahawa Putrajaya kini dilanda jangkitan Covid-19.

Dalam kenyataan rasminya di Facebook, PPj menasihati orang awam agar tidak terpedaya dengan laporan audio berdurasi 44 saat berkenaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.

"Keadaan seperti biasa di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Jelasnya, dakwaan mengatakan Putrajaya telah dilanda Covid-19 dengan Hospital Putrajaya sesak dan staf-staf dijangkiti dan disyaki dijangkiti tidak menggambarkan situasi sebenar di Putrajaya dan dikhuatiri akan menimbulkan panik.

"Keadaan di Putrajaya adalah seperti biasa dan orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga sebagaimana disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

PPj turut menasihatkan orang awam untuk mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.