ad
AGENDA

Rakyat digesa main peranan aktif cegah jenayah

8 Mac 2020, 4:35 AM
Rakyat digesa main peranan aktif cegah jenayah

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat.

Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye berkata penyertaan aktif dapat memupuk budaya mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat dan mendidik orang ramai untuk tidak mengambil mudah soal keselamatan negara.

"Tidak dinafikan, polis memikul tanggungjawab utama tetapi penyertaan aktif masyarakat dan segmen lain masyarakat sivil membentuk bahagian penting dan kritikal dalam keberkesanan pencegahan jenayah.

"Pencegahan jenayah yang efektif memberikan manfaat jangka panjang dari segi mengurangkan kos berkaitan sistem keadilan jenayah serta kos lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai juga perlu memupuk sikap sifar toleransi terhadap jenayah, yang akan terus berlaku selagi puncanya wujud dan orang mempunyai kecenderungan melakukan jenayah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.