AGENDA

Rizab antarabangsa BNM AS$103.4 bilion pada 28 Februari

6 Mac 2020, 9:30 AM
Rizab antarabangsa BNM AS$103.4 bilion pada 28 Februari

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.4 bilion (AS$1 = RM4.17) pada 28 Februari 2020.

Bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rizab antarabangsa berjumlah AS$104.3 bilion sehingga 14 Februari 2020.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Februari 2020, meliputi rizab mata wang asing AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

BNM berkata aset juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM423.30 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM1.74 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM829.05 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.94 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM11.97 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM114.48 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM138.57 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM16.29 bilion), deposit lain (RM2.01 bilion), Kertas Bank Negara (RM23.78 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion) dan liabiliti lain (RM2.75 bilion).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.