AGENSI

MB mahu selesaikan masalah parkir di Hospital Serdang

3 Mac 2020, 11:35 AM
MB mahu selesaikan masalah parkir di Hospital Serdang

SERDANG, 3 MAC: Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) Holdings Sdn Bhd bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Serdang, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihak hospital telah diminta meneliti secara lebih terperinci berhubung isu berkenaan supaya kerjasama yang dijalin mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Saya telah diberikan taklimat dan semua berjalan lancar, namun kita kena melihat aspek tambahan terutama dari segi persediaan hospital menerima limpahan pekerja serta pesakit pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Pusat Kardiologi Hospital Serdang projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Selangor di sini hari ini.

Turut serta pada lawatan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya; Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Dato’ Nor Azmie Diron dan beberapa EXCO Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.